Tuesday, April 28, 2009

Hikmah Pengharaman Babi

Ditengah-tengah kekalutan dan kebimbangan yg kini sedang melanda dunia termasuklah negara kita akibat dari VIRUS BABI yg telah meragut korban sebanyak 130 nyawa manusia(setakat artikel ini ditulis) di Mexico...ingin sekali lagi saya meminta laluan dengan mengirimkan secebis cerita untuk renungan bersama..

Hikmah Pengharaman Babi

Kejadian ini berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram, kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Kerana babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteri dan mikroba lainnya.?"

Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina. Mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, "Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia."

Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas.

Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.

Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh 'ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya."

Artikel ini diambil dari http://apadianie.blogspot.com/

Thursday, April 9, 2009

Kisah Sesenduk Madu

Ada sebuah kisah simbolik yang cukup menarik untuk kita renungkan. Kisah ini adalah kisah tentang seorang raja dan sesendok madu.

Alkisah, pada suatu ketika seorang raja ingin menguji kesedaran warganya. Raja memerintahkan agar setiap seorang, pada suatu malam yang telah ditetapkan, membawa sesendok madu untuk dituangkan dalam sebuah bejana yang telah disediakan di puncak bukit ditengah kota. Seluruh warga kota memahami benar perintah tersebut dan menyatakan kesediaan mereka untuk melaksanakannya.

Tetapi dalam fikiran seorang warga kota (katakanlah si A) terlintas satu cara untuk mengelak, "Aku akan membawa sesendok penuh, tetapi bukan madu. Aku akan membawa air. Kegelapan malam akan melindungi dari pandangan mata seseorang. Sesendok airpun tidak akan mempengaruhi bejana yang kelak akan diisi madu oleh seluruh warga kota."

Tibalah waktu yang telah ditetapkan. Apa yang terjadi? Seluruh bejana ternyata penuh dengan air. Rupanya semua warga kota berfikiran sama dengan si A. Mereka mengharapkan warga kota yang lain membawa madu sambil membebaskan diri dari tanggungjawab.

Kisah simbolik ini dapat terjadi bahkan mungkin telah terjadi, dalam pelbagai masyarakat manusia. Dari sini wajar jika agama, khususnya Islam,memberikan petunjuk-petunjuk agar kejadian seperti di atas tidak terjadi:"Katakanlah (hai Muhammad), inilah jalanku. Aku mengajak ke jalan Allah disertai dengan pembuktian yang nyata. Aku bersama orang-orang yang mengikutiku (QS 12:108) Dalam redaksi ayat di atas tercermin bahwa seseorang harus memulai dari dirinya sendiri disertai dengan pembuktian yang nyata, baru kemudian dia melibatkan pengikut-pengikutnya.

"Berperang atau berjuang di jalan Allah tidaklah dibebankan kecuali pada dirimu sendiri, dan bangkitkanlah semangat orang-orang mukmin(pengikut-pengikutmu) (QS 4:84)Perhatikan kata-kata "tidaklah dibebankan kecuali pada dirimu sendiri." Nabi Muhammad saw. pernah bersabda: "Mulailah dari dirimu sendiri, kemudian susulkanlah keluargamu." Setiap orang menurut beliau adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas yang dipimpinnya, ini bererti bahawa setiap orang harus tampil terlebih dahulu. Sikap mental demikianlah yang dapat menjadikan bejana sang raja penuh dengan madu bukan air, apalagi racun.
Pelita Hati - M. Quraish Shihab

Wednesday, March 25, 2009

Tahniah SK Batu Ferringhi

Salamullahi alakum...

Tahniah kepada semua warga kerja SKBF dan Batu Ferringhi di atas kejayaan dinobatkan sebagai JOHAN pertandingan Kompang Selawat peringkat Zon Pulau 2009 yang telah berlangsung hari ini 25.3.2009 di SK Batu Ferringhi. Sebanyak 9 pasukan kompang daripada 9 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut. Pasukan kompang selawat SK Batu Ferringhi dipimpin oleh Ustaz Rodzi dan Sir Adnan. Semoga kejayaan ini mendapat keredoan Allah Taala.

Keputusan:
Johan-SK Batu Ferringhi
Naib Johan-SK Telok Bahang
Ketiga-SK Francis Light

Pasukan yang layak ke peringkat negeri di SMKA Nibong Tebal pada 31.3.2009:
Mewakili Daerah Timur Laut-1)SK Batu Ferringhi 2)SK Francis Light
Mewakili Daerah Barat Daya-1)SK Telok Bahang 2)SK Sungai Rusa

Selamat berjaya!!!!!!!

Pertandingan Kompang Selawat Peringkat Zon Pulau 2009

Tarikh : 25 Mac 2009
Tempat : SK Batu Ferringhi
Masa : 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari
Anjuran : Sektor Pendidikan Islam, JPN Pulau Pinang
Penyertaan :
Daerah Timur Laut (SK Batu Ferringhi, SK Tanjong Tokong, SK Francis Light dan SK Saint Xavier Cawangan)
Daerah Barat Daya (SK Sungai Ara, SK Sungai Rusa, SK Sungai Batu, SK Telok Kumbar dan SK Telok Bahang)

Semoga majlis pertandingan berjalan dengan lancar.

Tuesday, March 24, 2009

Mewarnai Hari Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW 1430H/2009




















































































































































Thursday, March 19, 2009

Tiga Pertanyaan

Ada seorang pemuda yang lama belajar di negeri Syam kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.

“Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?” Pemuda bertanya.

“Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.” Jawab Guru Agama.

“Anda yakin? Sedangkan profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.”

Jawab Guru Agama “Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya”

Pemuda : “Saya ada 3 pertanyaan;

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan takdir?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api?, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?”

Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda dengan kuat. Sambil menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa anda marah kepada saya?” Jawab Guru Agama “Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya kepada 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”.

“Saya sungguh-sungguh tidak faham”, kata pemuda itu. Guru Agama bertanya “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Tentu saja saya merasakan sakit”, jawab beliau. Guru Agama bertanya ” Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”. Pemuda itu mengangguk tanda percaya. Guru Agama bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!” “ Tak boleh”, jawab pemuda. “Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama.

Guru Agama bertanya lagi, “Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”. “Tidak” jawab pemuda. “Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?” “Tidak” jawab pemuda. “Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama.

Guru Agama bertanya lagi, “Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?”. “kulit”. Jawab pemuda. “Pipi anda diperbuat dari apa?” “ Kulit “ Jawab pemuda. “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Sakit.” Jawab pemuda. “Walaupun Syaitan diciptakan dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.” Terang Guru Agama.

Sunday, March 15, 2009

Laporan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430H/2009

Tarikh : 13 Mac 2009
Masa : 7.45 pagi – 12.05 tgh.
Tempat : Dataran Masjid ar-Rahman Batu Ferringhi & SK Batu Ferringhi
Anjuran : Panitia Agama Islam SKBF
Penglibatan : Murid-murid, guru dan staf SKBF, PIBG, AJK Qaryah, polis, RELA dan waris murid

Seawal jam 7.40 pagi, murid-murid dan pihak yang telibat telah berhimpun di dataran Masjid ar-Rahman Batu Ferringhi untuk bersama-sama menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430H/2009. Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah dan doa. Sebaik selesai majlis diteruskan dengan perarakan berselawat, bermula daripada dataran Masjid ar-Rahman menuju ke SK Batu Ferringhi dengan kawalan keselamatan daripada pihak polis dan RELA. Alhamdulillah dengan cuaca yang baik dapat melancarkan perarakan berselawat tersebut. Perarakan berselawat dapat tiba di dataran SK Batu Ferringhi dengan selamat. Sedikit kudapan dihidangkan kepada murid-murid dan semua yang terlibat.

Majlis diteruskan lagi dengan slot Bacaan Surah Yasin di dalam dewan sekolah. Alhamdulillah slot ini juga dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Seterusnya sedikit slot kuiz Maulidur Rasul diadakan untuk menguji pengetahuan murid-murid. Selesai slot tersebut, murid-murid diberi masa untuk rehat.

Seterusnya, slot ceramah Maulidur Rasul dapat berjalan seperti yang direncanakan. Slot tersebut telah diberi pengisian oleh Ustaz Hj. Ayob Bin Hj. Hanapi daripada SMKA(P) al-Mashoor. Beliau telah mengupas banyak perkara yang berkaitan dengan Rasulullah.

Sebaik selesai, slot penutup telah disempurnakan dengan ucapan dan penyampaian hadiah kepada pemenang slot kuiz dan perarakan berselawat terbaik oleh tuan guru besar SKBF. Majlis ditangguhkan dengan bacaan Surah al-Asr.

Konklusinya, Alhamdulillah setiap slot yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan lancar. Semoga dengan terlaksananya MSMR1430H ini, semua yang telibat dapat mengambil manfaat sebaik mungkin sepertimana yang dimatlamatkan.

p/s: Gambar perjalanan majlis akan diupload kemudian.